Keinginan Yang Membara...Pengharapan Yang Tinggi Dan Kepercayaan Yang Mendalam...

1) Do not enter if you are not an Adult
2) ONLY female & male readers
3) Make sure you wear your own spectancle ( for person who has imperfect vision)
4) Read carefully with sit back&relax
5) NO heart feeling
6) NO rumours are allowed
7) Writing just based on 50% of true story
8) Make sure you LEAVE something behind esp comments
9) PLEASE leave with happy feeling

LOVE IT,DO COME BACK. ....

Sunday, September 5, 2010

SUAMI ISTERI BAHAGIA..

dear abang,

ayang nak mintak kebenaran abang untuk bawa anak-anak balik ke
kampung
. abang tak perlu hantar ayang sebab ayang mampu untuk bawa anak-anak ke kampung musim cuti sekolah ni dengan bas.. abang jaga lah diri abang dan kereta abang baik-baik... cuma ada perkara yang ingin
ayang luahkan disini...
kereta baru abang tu mahal.. harga mencecah 100k barangkali..
sebab tu abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang..
sampaikan abang dah terlena dalam kereta abang tu sejak abang beli 3
bulan yang lalu dah masuk 3 malam...
abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang, nak tau ngape?

harga kereta abang tu lebih mahal dari wang hantaran yang ayah ayang
letakan masa kita kahwin dulu.. cuba hantaran ayang lebih mahal dari
harga kereta abang?

tiap-tiap pagi abang mesti gosok kereta abang, nak nampak
berkilat..tapi ayang nak dapat kiss g.morning pun susah

sejak beli kereta tu, sebulan sekali macam-macam aksesori abang beli
kat kereta, ayang nak dapat hadiah besday setahun sekali pun susah..

kereta sebulan sekali abang servis, abang kata kena jaga
maintainance..ayang nak dapat pi salon setahun sekali pun susah..

kereta abang make up lawa-lawa.. tapi kalau ayang make up lawa-lawa
abang kata ayang tak sedar diri

kereta abang bagi makan minyak mahal-mahal cecah 100 setin pun ada, ayang nak makan pizza sekeping jer masa mengidam anak kedua kita abang kata ayang mengada-ngada

kereta abang kalau anak-anak sentuh sikit bodynya abang marah anak
macam nak makan, ayang jatuh longkang besar boleh abang gelak

paling menyedihkan.. ayang tanya ngape tidur dalam kereta? abang jawab takut orang curi kereta abang.. kalau ayang kena curi??
ayang nak balik kampung dulu.. anak-anak nak jumpa atuk dengan nenek
depa.. tak nak naik kereta abang takut calar.. ayang calar takpe..
jaga diri elok-elok, sarapan ayang dah sediakan. ayang pi tak lama
sekolah bukak ayang balik lah dengan anak-anak.. pesanan ayang..

ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU MASAKKAN MAKAN KESUKAAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU BASUHKAN PAKAIAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU GOSOKAN KEMEJA ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU SIAPKAN AIR MANDI ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU KEMASKAN RUMAH ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU URUT-URUT BADAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU TEMANKAN ABANG TIDUR

love,
ayang






Dear Ayang,

bukanlah abang sayang keta tu lebih dr ayang.. tapi ayang kene faham
keta tu keta bos abang nnti kalau ilang siapa nak ganti..

ayang abang suruh keja ayang xnak, ayang kata nak dok umah jaga anak,nak siap kan sarapan nak kemas umah tapi ayang tiap2 hari bgn tido kul 12.. macam mana nak wat keja umah..

cuba lah ayang pk mana x abang tido dalam keta..
abang balik keja lambat skit ayang dah kunci pintu..bukan nye abang gi foya2 kan abang gi keja...

lagi satu pasal piza yang ayang ngidam tu.. ayang nak piza yg di oder dr jepun.. mana lah abang ada duit nak oder.. abang nak bg apam balik yg jual kat depan ofis abang ni ayang xnak, ayang nak jugak piza dr jepun..
nasib baik abang x belikan kalau x anak kedua kita tu mesti muka cam
doremon..ish xnak laa abang..

pasal hadiah kan abang dah belikan tapi abang sembunyi kan kat dapur.. ayang yang tersalah buang ingatkan sampah.. tu lah abang suruh kemas umah tu ayang kata umah kita dah bersih tapi hadiah
dgn sampah pun dah jadi serupa jek..hadiah tu mahal tau abang beli untuk ayang..

sebenarnye abang sayang ayang lebih dr keta tu wlau pun hantaran masa kita kawin cuma rm80k..ayang x tau bpe kali abang turun naik bank nak wat loan rm80k..tapi demi ayang abang wat jugak..
sbb masa tu ayang kalau mekup mmg sebijik maya karin.. tapi sejak ayang wat rebonding 3 tahun lepas stp kali ayang mekup abang terbayang lak muka pontianak dlm citer phsm..

bukan ayang x cantik tapi kening ayang tu gi cukur wat per.. wlau pun abang selalu cukur janggut abang tapi ayang xyah laa nak cukur kening ayang tu...

pasal morning kis tu, ayang bgn pun dah tghri nak morning kis cam mana.. dah laa ayang.. abang malas nak citer..

tapi abang nak bg tau jgk kat sini ayang tetap no 1 dlm hati abang..
nanti kalau naik bas tu bebaik.. ayang nak balik kpg abang izinkan cuma
jgn lupa kim salam kat mak ayah kat sana.. kalau ada gulai tempoyak ke nnti jgn lupa bwk balik skit..

kalau ada lembu terlepas ke ayang xyah laa susah2 gi kejar lembu tu... biar jek.. nnti abang balik kpg abang kejar kan..bukan
apa takut lembu tu tanduk ayang nnti bukan stakat calar jek silap2 leh masuk hspital.. abang kene tanduk xpe.. jaga anak2 baik2 jgn bagi diorang main kat sungai musim2 banjir ni.. nak dpt anak bukan senang takut nnti ayang ngidam lagi piza jepun lak lagi haru.. baik jaga jek yg dah ada tu..ayang pun

jaga diri baik2.. jgn sampai jatuh longkang lagi.. hehe.. abang mmg xnak ketawa masa tu tapi nak wat cam mana ayang jatuh kepala dulu yang masuk longkang..dah laa rambut ayang masa tu baru lepas rebonding.. mmg abang kesian tapi muka ayang lepas jatuh longkang tu xleh abang nak bayang kan cam mana....tgk laa sendiri gambar tu....

ok lah ayang.. nnti lepas cuti skolah kita jumpa lagi eah.. bye ayang

love,
abang




Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan..dua tangan untuk memegang...
Dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat...
Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita?....
Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya....


Itulah namanya Cinta...

Friday, September 3, 2010

Make Sure Korg Tahu Pasal Komputer..:-)


Bangang Komputer


msft.jpg
Ini adalah sebuah kisah benar mengenai Microsoft Word Helpline (bantuan berkenaan Microsoft Word melalui telefon). Seorang pekerja di helpline ini telah diberhentikan. Walaubagaimanapun, pekerja ini telah menyaman Word Perfect atas dakwaan “Memecat tanpa Sebab”. Inilah perbualan telefon pekerja berkenaan yang menyebabkan beliau dipecat:
Microsoft: Ridge Hall computer assistance; boleh saya bantu anda?
User: Ya, err, Saya ada masalah dengan Microsoft Word.
Microsoft: Masalah bagaimana tu encik?
User: Saya sedang menaip, tiba-tiba semua perkataan tersebut hilang.”
Microsoft: Hilang?
User: Ya, ia hilang.
Microsoft: Hmm. Macam mana monitor anda kelihatan sekarang?
User: Kosong, tak ada apa-apa.
Microsoft: Tak ada apa-apa?
User: Blank, ia tak respon apa-apa bila saya menaip.
Microsoft: Adakah anda masih didalam Microsoft Word, atau anda telah keluar?
User: Macam mana saya nak tau?”
Microsoft: Bolehkah anda nampak C: prompt pada skrin anda?
User: Apa tu si-perom?
Microsoft: Tak apalah, boleh tak anda gerak-gerakkan mouse anda di skrin?
User: Cursor pun tak ada: kan saya dah kata ianya tak memberi sebarang respon bila saya taip.
Microsoft: Adakah monitor anda ada power indicator?
User: Monitor tu apa?
Microsoft: Ianya adalah sebuah alat yang ada skrin padanya dan ianya berbentuk seperti TV. Adakah ianya mempunyai lampu kecil yang menyala bila monitor anda dihidupkan?
User: Saya tak tahu.
Microsoft: OK, kalau begitu cuba lihat di belakang monitor anda dan cuba cari socket dimana wayar power anda di pasangkan. Boleh nampak tak?
User: Rasa-rasanya.
Microsoft: Bagus. Ikut wayar tersebut hingga ke plug, dan adakah ianya dipasangkan pada soket elektrik di dinding anda.
User: Yaa, terpasang.
Microsoft: Masa anda lihat di belakang monitor tadi, perasankah anda ada dua wayar terpasang di belakang monitor anda, bukannya satu?
User: Iya ke?.
Microsoft: Sebenarnya ada dua. Sekarang saya nak anda pergi balik ke belakang monitor anda dan cari satu lagi wayar tersebut.
User: Okay, jumpa dah.
Microsoft: Cuba ikut wayar tersebut dan beritahu saya samada ianya terpasang dengan ketat di belakang computer anda.
User: Alamak tak sampai laa.
Microsoft: Ok… boleh cuba jenguk-jenguk samada ianya terpasang atau tidak?
User: Tak boleh.
Microsoft: Tak boleh juga ke jika anda cuba panjat apa-apa seperti kerusi dan tengok kat belakang tu?
User: Oh, saya tak nampak bukannya sebab angle tak betul, tapi pasal gelap.
Microsoft: Gelap?
User: Ya. Lampu pejabat ni terpadam dan satu-satunya sumber cahaya yang saya ada adalah dari cahaya tingkap.
Microsoft: OK, kalau macam tu hidupkanlah lampu pejabat anda.
User: Tak boleh.
Microsoft: Tak boleh? Kenapa?
User: Sebab kat pejabat saya “blackout”, tak ada elektrik.
Microsoft: Blackout… tak ada elektrik? Aha, Okay, kita dah dapat penyelesaiannya sekarang. Anda masih mempunyai kotak, manual dan barang-barang pembungkusan semasa komputer ini dihantar?
User: Ada… saya simpan kat dalam almari.
Microsoft: Bagus. pergi ambil barang-barang tersebut dan unplug komputer anda. Kemudian bungkuskan sepertimana masa ianya baru-baru sampai dulu. Hantar balik ke kedai dimana anda beli dulu.
User: Ehh? Ye ke? Macam tu sekali punya teruk ke?
Microsoft: Iya, rasa-rasanya macam itulah.
User: Err… okey lah. Nampaknya saya kena buat macam tu lah. Tapi nak cakap apa dengan pekedai tu?
Microsoft: Beritahu mereka anda terlalu BANGANG untuk memiliki sebuah komputer

LAWAK PENDEK


Cerita 1

Asari melihat rakannya, Ajoi sedang membuat kopi. Kemudian memasukkan sebutir ubat panadol ke dalamnya. Dengan kehairanan Asari bertanya kepada Ajoi…
Asari: “Kenapa kau masukkan panadol dalam kopi tu?”
Ajoi: “Kopi ni panas… bagi panadol kurang sikit panas dia…”
Cerita 2

Seorang pemburu bertembung dengan seekor singa. Terrperanjat, dia tak sempat mengangkat senapangnya. Tiada pilihan, pemburu itu bertadah tangan dan berdoa. Ketika pemburu itu menjeling ke arah singa, dia ternampak bahawa singa itu juga sedang berdoa.
Pemburu: “Ah leganya… singa baik rupanya. Lepaskanlah aku.”
Singa: “Ya… singa yang baik selalu baca doa sebelum makan, amiiinn…”
Cerita 3

Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik berkenaan.
Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok.
Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung
manakala yg ketiga disambar petir.
Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya… tangannya pon sedang menunjukkan tanda “peace”…
Cerita 4
Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik, Lias terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati Amin.
Lias : Kenapa menangis?
Amin : Saya datang untuk ujian darah.
Lias : Awak takut ke?
Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka telah
terpotong jari saya.
(Mendengarkan penjelasan Amin, Shan menangis.)
Amin : Eh, kenapa pula awak menangis?
Lias : Saya datang untuk ujian air kencing…
Cerita 5

Seorang lelaki pergi ke klinik mata. Setelah matanya diperiksa, dia bertanya: ” Doktor,  selepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya membaca macam orang lain?” “Dah tentu”, jawab doktor. “Oh, gembiranya. Dah lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca,” kata lelaki itu dengan riang.
Cerita 6

Seorang posmen yang datang menghantar surat .
” Assalamualaikum “
” Walaikumsalam “
” Ni rumah encik Sameon ye?
” Ya saya”
” Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni “
” Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?”
Cerita 7

Tiga orang Asli menaiki motosikal dan ditahan polis trafik. Namun penunggang motor tersebut tidak berhenti. Dengan muka tidak bersalah penuggang tersebut berkata, ‘Tak muat dah tok, kami dah bertiga!!!, jalan dulu tok…”

Wednesday, September 1, 2010

ADA BERANI..???!!!!!

Latihan Untuk Menerima Beret Hijau..
LATIHAN

Sebelum menyertai Kursus Asas Komando Gerup Gerak Khas 12 minggu,pelatih wajib terlebih dahulu mengikuti orientasi selama 30 hari bagi menilai apakah mereka layak menyertai kursus tersebut.Oleh itu mereka diuji dengan keras.


FASA 1: KEM (5 minggu)
Setelah berjaya diorientasi barulah mereka boleh menyertai kursus.Objektif peringkat permulaan ini untuk menguji ketahanan mental dan fizikal anggota.Antara latihannya seperti abseiling,senjata,bahan letupan,perubatan dan sebagainya.Pada permulaan peringkat ini, pelatih akan berlari sejauh 76 km, seterusnya 76 km lagi pada waktu malam.Pertengahan pula jalan lasak 25 km.Di akhir peringkat ini pelatih harus keluar dari Kem Sg. Udang memandu arah sejauh 138 km tanpa henti.


FASA 2: HUTAN (2 minggu)
Latihan di perngkat ini seperti ikhtiar hidup,peperangan hutan dan sebagainya. Pelatih juga dilatih memandu arah sejauh 90 km.Di akhir peringkat ini mereka juga akan berjalan sejauh 160 km dalam masa 3 hari.Biasanya, aktiviti inilah yang paling ramai pelatih gagal kerana menyerah dan tidak mampu bertahan lagi berjalan sejauh itu.


FASA 3: PAYA (1 minggu)
Walaupun hanya seminggu dan tiada apa-apa aktiviti fizikal di peringkat ini,tetapi mereka terpaksa bertahan untuk terus hidup dengan hanya berbekalkan seluar dalam, sebilah parang,beberapa batang mancis dan tiada langsung bekalan makanan diberi.Latihan lain ialah ikhtiar hidup,peperangan di paya dan sebagainya.


FASA 4: LAUT (2 minggu)
Latihan di perngkat ini seperti serangan pantas,menyelam di dasar laut,sabotaj dan sebagainya.Pelatih juga dikehendaki berdayung dengan kanu todak sejauh 20 km.Selain itu pandu arah laut 10 km dengan kanu yang sama.Setiap anggota komando WAJIB mahir dan pakar dalam tiga dimensi peperangan iaitu laut,darat dan udara.





FASA 5: LATIHAN PENAMAT (2 minggu)
Sekarang tibalah masa untuk pelatih mengaplikasikan segala apa yang telah dipelajari dan diharungi pada peringkat sebelumnya.Peringkat inilah merupakan ujian sebenar pelatih. Permulaan ujian mereka terpaksa berdayung sejauh 100 km menuju ke kawasan operasi.Tiba di sana,mereka perlu mencari dan mengenalpasti lokasi kawasan musuh,mengatur gerak dan seterusnya melancarkan serangan ke kawasan itu.Setelah serangan berjaya dilaksanakan dan objektif tercapai,mereka terpaksa pula melarikan diri dari musuh yang cuba memusnahkan mereka.Dalam pelarian ini,mereka juga perlu mengelak dari ditangkap.Inilah yang dinamakan escape & evasion.Jikalau ditangkap,mereka akan diseksa sebenar-benarnya.Jarak pelarian ini sejauh 240 km!!!Untuk mengelak dari ditangkap,mereka tidah boleh leka atau tidur sepanjang E&E itu.Masa yang diambil kira-kira 5 hari untuk menamatkan jarak sejauh itu.Bayangkalah keperitan yang mereka alami.Maka layaklah mereka digelar KOMANDO,iaitu manusia yang mempunyai ketahanan mental dan fizikal yang amat tinggi




Segala ujian yang mereka harungi ini tak mungkin mampu dilakukan oleh manusia biasa.Saya sendiri bagaikan tak percaya apa yang mereka buat.Jumlah keseluruhan perjalan mereka sejauh lebih 900 KM.




Thursday, August 26, 2010

Berbuka Bersama..

Semalam aku bersama rakan berbuka puasa di kediaman UM aku..
pasa abis kje dlm kul 6 .15 petang cm 2,aku pn smpailah di kediaman beliau...
dari luar dah bau hurmmmmmm,,sedapnyeellaaaaa,,,bermain di pikiran apakah yg bau wangi nie..???
Bila salam dah bgi,aku pon msuk kedalam dan terus menuju ke dapur,wowww,UM aku msak sndiri beb...sedap gler bau...mmbuatkan ak nk brbuka waktu 2 jgak...x boleh tahan cmnie...
ALLAHUAKBAR..ALLAHUAKBAR...{maghrib dah msuk}berbukalaa kami...
memang aku x sabar nk merasa msakan UM aku..suapan yg pertama,perghh,marvellous...sedap,cukop rsa,pekat,mikat...hehehe
wlaupon bbuke dgn juadah yg ringkas2,tpi mmg best sbb dpt bbuka dgn rakan2 agensi...selesai bbuka,kami mnunaikan solat maghrib berjemaah...dalam pkul 8 stgh mcm 2,aku pon beransur pulang...


*mesti korg trtanya,ape yg UM aku msak 2 kn smpai sedap sgt aku cakap..,nie gambar dye..korg tengok dan nikmatilahh k...


                         Kueyteow Goreng
                                                                                        
                                                                                                                      Air Kiwi

Wednesday, August 25, 2010

Berapa Lama Harus Ku Tunggu...

Assalamualaikum...
Pagi tadi aku meeting dengan Unit Manager aku,macam biasela mula2 tu,mesyuarat macam biase jelaa kn,ucapan dari Pengerusi Majlis ape sume,pas 2 U.M aku bertanya kan tentang selling aku,perghhh,cmne ak nk jwab nie..mcm biaselaa,jwapan yg ak mmpu bg,ak sndiri pn x tw....huhuhu
Pas 2,UM ak ltakkan Peraturan pada aku,dye suh ak ltakkan tarikh ak boleh bwak kes,n ak puas mmikirkan supaya tarikh yg aku letakkan ak boleh capai...tarikh trsebut ialah 1 September 2010...

Yang aku nk bgtw nie,pas abis meeting tadi..,aku terus kol Sarah,member baik aku yg berada di Sg. Besi..aku memang mntak tolong sye ssgt..mule2 dye mmg setuju,tpi bler dye pikir2 balik,potongan gaji dye terlalu banyak smpai dye x mmpu...KECEWA nye aku......mcmane aku nk wt ag nie....ad lebih kurang 7 ari ag nie nk smpai 1 September....Ya Allah...Bukakanla Pintu Rezeki Aku....



Thursday, August 19, 2010

Kenangan...

Sedar x sedar,nk dekat setahun dah aku berpisah dengan rakan-rakan diploma aku..entah ape khbr la agaknye dorg sume...ada yang aku dengar cerita ada yang smbung degree, ada yang dah bkerja dan ada jgak yang x d berita terus..tapi x pe..aku tetap teruskan hidup aku..bak kata mat salleh "Look Forward,Never Look Back"..haaa..tpi x dinafikanlaa,Bilik 1B memang banyak sejarah tentang kitorang,kire senang cter kalo nk wt muzium tu bley sgt laa..korang sume memang TERBAIKKKK laaaa...nnti konvo kita jumpe k beb...kite enjoyyyyy sma2...

Wednesday, August 18, 2010

Aduhhhh...

Ari nie aku rsa x sedap bdanlaa,
kepala rsa mcm bru trun dri naek roller coaster..
bdan rsa mcm bru blik dri overseas,
tekak mcm telan air panas..
nk demam ke eak...?????
Aduhhhhh..da setahun ak x pnah kna demam nie...

Renungkan Bersama..
Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada anak muridnya.
Ia duduk menghadap anak muridnya.
Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada kayu pemadam.
Guru itu berkata, "Saya ada satu permainan...
Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada kayu pemadam.
Jika saya angkat kapur ini, maka sebutlah "Kapur!",
jika saya angkat kayu pemadam ini, maka katalah "Pemadam!"
Anak muridnya faham dan seterusnya menyebut dengan betul.
Guru bersilih-ganti mengangkat tangan kanan dan kirinya, semakin lama semakin cepat.
Beberapa saat kemudian guru kembali berkata,
"Baik sekarang perhatikan.
Jika saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!",
jika saya angkat kayu pemadam, maka katakanlah "Kapur!".
Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya.
Namun lambat laun, mereka kembali biasa dan tidak kekok lagi.
Selang beberapa saat, permainan berhenti.
Guru tersenyum kepada anak muridnya.
"Murid-murid, begitulah kita umat Islam.
Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil.
Kita begitu jelas membezakannya.
Namun kemudian, satelah musuh kita memaksakan kepada kita
dengan perbagai cara untuk menukarkan sesuatu,
perkara yang haq telah me njadi bathil, dan sebaliknya.
Pada mulanya agak sukar bagi kita menerima hal tersebut,
tapi kerana terus disosialisasikan dengan pelbagai cara menarik oleh mereka,
lambat laun kita akan terbiasa dengan hal itu, seterusnya kita mulai dapat mengikutinya.
Musuh-musuh kita tidak pernah berhenti membolak-balik
dan
menukar nilai murni akidah/hukum Islam dari masa ke semasa.
"Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik,
Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah,
tanpa rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend,
hiburan yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa,
materialistik kini menjadi suatu gaya hidup
dan
lain lain.
"Semuanya sudah terbalik.
Dan tanpa disedari,
anda sedikit demi sedikitmenerimanya
tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan.
Faham?"
tanya Guru kepada anak muridnya.
"Baik untuk permainan kedua...
" Gurunya meneruskannya......
"Cikgu ada Qur'an,cikgu akan letakkannya di tengah karpet.
Sekarang anda berdiri diluar karpet.
Permainannya adalah ,
bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?
"Murid-muridnya berfikir .
Ada yang mencuba dengan tongkat, dan selainnya.
Akhirnya Guru memberikan jalan keluar,
digulungnya karpet
dan
ia ambil Qur'an.
Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet .
"Murid-murid,
begitulah ummat Islam dengan musuhnya
Musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terangan. .
Kerana tentu anda akan menolaknya dengan mentah.
Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka.
Tapi mereka akan monolak kita secara ansur-ansur, sehingga kita tidak sedar.
"Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat,
maka dibina tapak yang kuat.
Begitulah Islam,
jika ingin kuat,
maka bangunlah aqidah yang kuat.
Sebaliknya,
jika ingin membongkar rumah,
tentu susah kalau dimulai dgn tapaknya dulu,
tentu saja dinding dan peralatan akan dikeluarkan dulu,
kerusi dipindahkan dulu,
Almari dibuang dulu satu persatu,
baru rumah dihancurkan. ...
Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita.
Ia tidak akan menghentam terang-terangan,
tapi ia akan perlahan-lahan merusakan kita.
Mulai dari perangai kita,
cara hidup,
pakaian
dan
lain-lain,
sehingga meskipun kita muslim,
tapi kita telah meninggalkan ajaran Islam danmengikuti cara mereka.
Dan itulah yang mereka inginkan.
Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran).
Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita.
"Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak kita, cikgu??
tanya murid- murid.
"Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang Islam,
misalnya
Perang Salib
Perang Tartar
dan
lain-lain.
Tapi sekarang tidak lagi.
Begitulah Islam.
Kalau diserang perlahan-lahan,
mereka tidak akan sedar,
akhirnya hancur.
Tapi kalau diserang secara terang-terangan,
kita akan bangkit serentak,
baru mereka gerun
Kalau begitu,
kita selesaikan pelajaran kita kali ini
dan
mari kita berdoa dahulu sebelum pulang..
....marilah sama2 kita rrenungkan...

Kata-Kata Aluan

Assalamualaikummmmmmmm.........
Akhirnye Blog Yang Diimpikan Selamat Juga Dilancarkan..Ini Adalah Dari Berkat Doa Dan Harapan Rakyat Semua..hahahhaa..
Okey2 serius...aku baru blajar wt blog,so kalo ad pape yg x cun or x best,ajar k...